SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Abaka ( SK Abaka ) adalah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah di kawasan luar bandar. Pada asalnya ia merupakan sebuah pejabat pentadbiran Jepun ketika mereka menjajah negara ini pada ketika itu.

Nama asal sekolah ini ialah 'Abaka Primary School' yang kemudiannya ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Abaka (SRJK Abaka). Nama sekolah ini berasal daripada sejenis pokok pisang iaitu Pisang Lanut atau dalam bahasa Inggerisnya "ABACA". Ianya merupakan hasil utama estet (ladang) ini yang diusahakan oleh sebuah syarikat asing yang dinamakan BAL Estate Sdn Bhd pada suatu masa dahulu.

Sekolah kebangsaan Abaka terletak di kawasan Ladang Table iaitu sebuah ladang milik Syarikat BAL Estate. Selepas itu ianya diambilalih oleh Syarikat Ladang Kelapa Sawit "Golden Hope Plantation" berasal dari Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1997. Pada tahun 2008, pemilikan ladang ini diambilalih oleh Syarikat Perladangan Sime Darby sehingga sekarang. SK Abaka mula beroperasi pada 19 April 1960. Murid yang mendaftar ketika itu seramai 212 orang bagi darjah 1,2 dan 3. Murid tahun 4,5 dan 6 didaftar pada bulan Mei 1960. Jumlah keseluruhan murid hingga akhir tahun 1960 ialah seramai 343 orang. Sijil pendaftaran sekolah ini dikeluarkan oleh Jabatan pelajaran Negeri Sabah dengan nombor rujukan E102/ED/EFA2360 yang dikeluarkan pada 22 Julai 1960.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini selain untuk memberikan pendidikan, ianya juga bertujuan untuk memastikan agar pekerja ladang dapat bertahan lama bekerja di ladang ini kerana kemudahan yang disediakan.

Popular posts from this blog

MISI SEKOLAH