Posts

SEJARAH SEKOLAH

Image
Sekolah Kebangsaan Abaka ( SK Abaka ) adalah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah di kawasan luar bandar. Pada asalnya ia merupakan sebuah pejabat pentadbiran Jepun ketika mereka menjajah negara ini pada ketika itu.
Nama asal sekolah ini ialah 'Abaka Primary School' yang kemudiannya ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Abaka (SRJK Abaka). Nama sekolah ini berasal daripada sejenis pokok pisang iaitu Pisang Lanut atau dalam bahasa Inggerisnya "ABACA". Ianya merupakan hasil utama estet (ladang) ini yang diusahakan oleh sebuah syarikat asing yang dinamakan BAL Estate Sdn Bhd pada suatu masa dahulu.
Sekolah kebangsaan Abaka terletak di kawasan Ladang Table iaitu sebuah ladang milik Syarikat BAL Estate. Selepas itu ianya diambilalih oleh Syarikat Ladang Kelapa Sawit "Golden Hope Plantation" berasal dari Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1997. Pada tahun 2008, pemilikan ladang ini diambilalih oleh Syarikat Perladangan Sime Darby sehingga sekara…

VISI SEKOLAH

GURU BERKUALITI PENJANA MURID CEMERLANG

MISI SEKOLAH

WARGA SK ABAKA BERTEKAD MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK MELALUI TADBIR URUS KURIKULUM, HAL EHWAL MURID, KOKURIKULUM DAN PENGURUSAN YANG SISTEMATIK SERTA BERKUALITI.